Follow us on
ENEOS – Minyak enjin No.1 Jepun sejak 1888, kini dengan pensijilan SIRIM di Malaysia untuk perlindungan enjin dan keyakinan pengguna.
Sebagai syarikat minyak No.1 di Jepun sejak 1888, ENEOS memiliki rangkaian lebih 12,000 stesen minyak di seluruh negara matahari terbit itu. Di peringkat global, ENEOS dikenali kerana kepakaran teknikal dalam bidang teknologi pelinciran, selain penglibatannya dalam sukan permotoran antarabangsa termasuk MotoGP, Super GT dan sebelum ini Formula Satu (F1). Penyertaan dalam arena berprestasi tinggi ini jelas mencerminkan komitmen ENEOS terhadap produk berkualiti dan kecekapan enjin yang optimum.
Menurut wakil Mayshowa Auto Parts, semua produk minyak enjin ENEOS yang berada di pasaran Malaysia dihasilkan sama ada di Jepun atau Singapura, dengan pematuhan ketat terhadap piawaian industri Jepun. Ia dirumus khas untuk menawarkan perlindungan dan prestasi maksimum bagi semua jenis kenderaan, terutamanya kenderaan buatan Jepun yang dominan di pasaran tempatan.
Antara produk terkini yang dilancarkan ialah ENEOS X Prime siri premium minyak enjin sepenuhnya sintetik yang diimport terus dari Jepun. Rangkaian ini menawarkan kelebihan dari segi perlindungan enjin yang lebih tinggi, penjimatan bahan api yang lebih efisien serta prestasi konsisten untuk enjin-enjin moden. Setakat ini, rangkaian pengedaran ENEOS di Malaysia telah berkembang pesat, disokong oleh lebih 4,000 bengkel dan kedai alat ganti sah di seluruh negara. Pengguna boleh mendapatkan produk ENEOS yang tulen menerusi rangkaian peruncit dan bengkel sah yang diiktiraf oleh Mayshowa.
Dengan pensijilan SIRIM QAS yang telah diperoleh, ENEOS kini berada dalam posisi kukuh untuk terus menambah keyakinan pengguna di Malaysia, terutamanya dalam pasaran yang semakin sensitif terhadap isu pemalsuan produk automotif.
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk ENEOS, pengguna boleh menghubungi pihak Mayshowa Auto Parts di emel: marketing@mayshowa.com.
Laman sesawang ENEOS Malaysia : www.eneos.asia
Facebook ENEOS Malaysia: https://www.facebook.com/ENEOSmalaysia
Instagram ENEOS Malaysia: https://www.instagram.com/eneosasia/
TikTok ENEOS Malaysia: www.tiktok.com/@eneos_my